

253
satu Skim Insentif Hasil Penyelidikan dan Inovasi untuk memberi
penghargaan dan pengiktirafan kepada pensyarah/penyelidik
yang produktif. Ia juga bertujuan untuk memberi galakan dan
dorongan kepada para pensyarah untuk meningkatkan hasil
penyelidikan masing-masing selaras dengan misi dan visi
universiti. Skim ini juga dilihat dapat menyuburkan budaya
penyelidikan serta menyumbang terhadap peningkatan tahap
intelektual, penciptaan teknologi baru di UPNM selaras dengan
aspirasi negara dengan menggunakan dana khas yang
diperuntukkan ini. Selain itu, pemberian insentif ini khususnya
dapat meningkatkan penerbitan jurnal berindeks yang berkualiti
dan buku ilmiah serta buku penyelidikan di semua fakulti/pusat
di UPNM. Langkah ini dijangka akan meningkatkan pencapaian
dan penarafan UPNM.
3.2.5. Hubungan Pekerja
Bagi hubungan pekerja, ianya amat berkait rapat dengan teras
strategik keenam Pelan Strategik Sumber Manusia Tahun 2016-
2025 (Edisi Kedua) iaitu pembentukan budaya kerja yang
berprestasi tinggi.
3.2.5.1 Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
Pihak Universiti sentiasa menitikberatkan dan memandang
serius kebajikan serta hubungan antara pihak Pengurusan
Universiti dan staf. Keprihatinan pihak Pengurusan Universiti
dapat dilihat melalui inisiatif dalam menambah baik hubungan
dan komunikasi antara pengurusan dan staf adalah dengan
mewujudkan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yang
ahlinya terdiri daripada wakil kumpulan staf Akademik iaitu
National Defence University of Malaysia Academician
Rujuk SM 91:
Minit Mesyuarat Senat
51Bil. 7/2015
Rujuk SM 92:
Minit Mesyuarat Senat 63
Bil. 1/2017
Rujuk SM 93:
Minit Mesyuarat JPIU Bil.
2/2017
Rujuk SM 94:
Surat
Makluman
Pemberian
Insentif
Penyelidikan dan Inovasi
2016
Rujuk SM 95
:
Fail Mesyuarat MBJ