Previous Page  370 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 370 / 449 Next Page
Page Background

250

Kemudahan kadar caj bulanan maksimum berjumlah

RM150, RM200 dan RM350 mengikut kelayakan pegawai yang

ditetapkan melalui pembayaran gaji (elaun telefon) dan tuntutan

bayaran balik.

Sejajar dengan hasrat universiti bagi mempertingkatkan kualiti

perkhidmatan serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan,

kemudahan ini turut disediakan kepada setiausaha pejabat,

pemandu, koordinator, juruiring Naib Canselor dan juga

pembantu ketenteraan kepada Naib Canselor dengan kadar caj

bulanan yang diberi sebanyak RM 30.00 hingga RM 150.00.

3.2.4.4 Pakej Gaji bagi Staf Akademik Lantikan Pesara

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah memperkenalkan

pakej gaji kepada staf akademik lantikan pesara yang mana

semua pelantikan adalah secara

Contract for Service

dan

penetapan gaji adalah mengikut laluan yang akan dikenal pasti

oleh Pihak Berkuasa Melantik (PBM). Pakej ini telah mendapat

kelulusan daripada Mesyuarat LPU Bil. 4 Tahun 2017 yang lalu.

3.2.4.5 Pemberian Elaun Bagi Pensyarah Muda/Felo untuk

mengikuti Program

Offset

Bagi memastikan kelestarian bakat dan produk UPNM, pihak

Universiti turut memberikan kemudahan elaun kepada graduan

UPNM yang memperolehi gred cemerlang secara

one-off

mengikut tempoh pengajian bagi penawaran untuk mengikuti

program pengajian di bawah usaha sama atau perjanjian

persefahaman antara UPNM dan pihak industri/ pusat pengajian

luar negara.

Antara perjanjian persefahaman yang terlibat bagi penawaran

pengajian dalam bidang kepakaran ialah perjanjian diantara

MoA antara UPNM bersama ECN dan DCNS yang telah

ditandatangani pada

Langkawi International Maritime and

Aerospace Exhibition 2017

(LIMA) pada 23 Mac 2017.

Rujuk SM 86:

Minit Mesyuarat LPU Bil.

4 Tahun 2017- Kelulusan

Penerimaan

Pakej

Lantikan dan Gaji Staf

Akademik

Lantikan

Pesara

Rujuk SM 87:

Surat

Pelantikan

Pensyarah Muda/ Felo

dan Dokumen Perjanjian

Persefahaman (UPNM-

ECN-DCNS)