

246
kepada menjayakan matlamat pasukan amat penting untuk
meneraju organisasi kepada tahap pencapaian yang tinggi
Sehubungan itu, pelaksanaan program ini yang merupakan
sebagai elemen nilai tambah untuk pengesahan perkhidmatan
adalah bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dan semangat
1 UPNM di kalangan staf dari pelbagai lapisan gred dan skim
perkhidmatan dengan suasana dan persekitaran kerja yang
bercirikan ketenteraan dan akademik bagi menjayakan segala
misi, visi dan matlamat UPNM.
Program yang berkonsepkan penerapan kaedah pendidikan
dan praktikal ini turut mendedahkan peserta tentang sejarah dan
peranan ketenteraan, budaya UPNM, motivasi dan kerja
berpasukan dengan objektif program seperti berikut:
•
Mewujudkan semangat patriotisma terhadap negara dan
organisasi di kalangan staf dengan mengetahui sejarah
dan peranan ketenteraan dan kesinambungannya dalam
penubuhan UPNM.
•
Menjiwai persekitaran dan suasana kerja dan
pembelajaran di UPNM.
•
Membina semangat “kekitaan” melalui konsep
penerapan 1 UPNM untuk saling bekerjasama bagi
meningkatkan prestasi melalui sikap persaingan secara
positif.
•
Untuk mengukuhkan kejelikitan dalam kelompok dengan
cara bertukar-tukar pendapat, idea, pengalaman dan
kemahiran.
•
Untuk melihat sikap toleransi, bekerjasama,
percambahan fikiran, pemikiran kreatif dan konsep
kendiri peserta.
Pengesahan Dalam
Perkhidmatan
Rujuk SM 77:
Senarai Peserta yang
Telah Mengikuti Program
Keutuhan Bagi
Pengesahan Dalam
Perkhidmatan
Rujuk SM 78:
Pelaporan dan Gambar
Program