

241
akademik disamping meyokong dasar kerajaan melalui
pendekatan pembelajaran sepanjang hayat.
Kemudahan cuti belajar ini bertujuan meningkatkan kemahiran
dan kepakaran serta peningkatan kerjaya staf dengan
melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi melalui
program Pasca Ijazah (Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph. D),
Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.
Objektif penyediaan kemudahan cuti belajar adalah:
• Penyediaan staf akademik dan bukan akademik yang
mempunyai kelayakan akademik tertinggi yang relevan
dengan keperluan pengajian di universiti.
• Membentuk staf yang profesional dan berkualiti bagi
membantu universiti mencapai wawasan untuk menjadi
Pusat Kecemerlangan Akademik dan Teknologi bertaraf
dunia.
• Memantapkan serta mengukuhkan pengetahuan staf
dalam bidang-bidang pengkhususan dan kepakaran
tertentu.
Pembiayaan bagi mengikuti kemudahan cuti belajar adalah
tertakluk kepada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui
penyediaan Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB) atau
Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI). UPNM turut menyediakan
kemudahan cuti belajar bagi staf serta tawaran mengikuti
program cuti belajar melalui program penajaan di bawah
peruntukan
offsets
.
Siri penghantaran staf untuk mengikuti program cuti belajar
bermula pada tahun 2007. Mulai tahun 2008 hingga tahun 2012,
jumlah penghantaran staf bagi mengikuti program cuti belajar di
peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph. D) menunjukkan
peningkatan yang menggalakkan. Bermula tahun 2013
sehingga kini, jumlah calon yang menyambung pengajian
adalah tertakluk kepada perancangan oleh fakulti/ pusat bagi
memberi laluan kepada pensyarah yang belum mempunyai
Akademik Bumiputera
(SLAB)/ Skim Latihan
Akademik IPTA (SLAI)
Rujuk SM 63:
Statistik Staf Mengikuti
Program Cuti Belajar
(Sarjana/ Ph.D)
Rujuk SM 64:
Senarai Staf
Graduate
on Time (GoT)
Rujuk SM 65:
Minit Mesyuarat
Jawatankuasa Cuti
Belajar UPNM
Rujuk SM 66:
Borang Pelaksanaan
Mentor Mentee