Previous Page  358 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 358 / 449 Next Page
Page Background

238

Hal ini dapat dicapai dengan adanya Pelan Induk Latihan yang

terancang termasuk analisis keperluan latihan untuk mengenal

pasti jenis latihan diperlukan oleh setiap staf dan mengambil kira

hala tuju jabatan yang diterjemahkan dalam bentuk kerangka

kompetensi dan pelan induk latihan dengan mengambil kira

keperluan pembangunan bakat staf.

Pelaksanaan latihan adalah di bawah tanggungjawab Unit

Latihan dan Kompetensi, Bahagian Pembangunan Sumber

Manusia (BPbSM), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan

skop latihan yang dijalankan adalah bagi memenuhi keperluan/

kemahiran umum yang diperlukan oleh staf untuk melaksanakan

tugas mereka di samping kursus yang membawa kepada

kemajuan kerjaya dan meningkatkan kompetensi staf.

Bagi latihan yang menjurus kepada kompetensi khusus, FPJB

akan mengenal pasti keperluan latihan mengikut kesesuaian

berdasarkan penetapan dan keperluan tugas masing-masing.

Hal ini juga termasuk:

Menyediakan kemudahan latihan

Menyediakan keperluan pembangunan kerjaya dan

peperiksaan perkhidmatan staf; dan

Menyediakan

program-program

latihan

bagi

pembangunan dan peningkatan kompetensi staf;

Bagi menilai keberkesanan program latihan anjuran UPNM atau

anjuran pihak luar, semua staf yang menghadiri latihan

dikehendaki mengisi Borang Maklum Balas Menghadiri Latihan

Dalaman dan Borang Maklum Balas Menghadiri Latihan Anjuran

Pihak Luar. Analisa Penilaian Program Latihan Dalaman akan

dibuat setiap kali tamat program latihan berdasarkan maklum

balas yang telah diberikan.

Penilaian keberkesanan latihan turut dilaksanakan selepas

tempoh tiga bulan staf menghadiri latihan dan penilaian akan

diberikan oleh Ketua Jabatan staf yang teribat bagi melihat