Previous Page  353 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 353 / 449 Next Page
Page Background

233

Di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005:

Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam, kerajaan telah

memberi penekanan kepada pembangunan sumber manusia

bagi penjawat awam dengan mewajibkan untuk menghadiri

program-program latihan sekurang-kurangnya tujuh hari dalam

setahun.

Selaras dengan penetapan tersebut, BPbSM bertanggungjawab

untuk bertindak sebagi pemudah cara dengan menyelaras dan

memberi kesedaran kepada setiap staf UPNM untuk memahami

tangggungjawab masing-masing dalam merancang keperluan

kursus bagi peningkatan kompetensi sikap (

attitude)

, kemahiran

(skills),

dan pengetahuan

(knowledge)

yang bersesuaian

melalui program latihan yang telah dirancang berteraskan

pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan bagi

kumpulan staf bukan akademik. Manakala penyelarasan aktiviti

program latihan staf akademik dilaksanakan oleh PPA selaku

jabatan yang bertanggungjawab.

Melalui penilaian yang dilaksanakan, staf UPNM berupaya untuk

memberikan impak dan kesan yang baik kepada UPNM yang

bertindak sebagai majikan. Tugas yang dimainkan oleh

organisasi umumnya serta PPA dan BPbSM khususnya ialah

memberi serta menyediakan staf dengan pelbagai latihan yang

bersesuaian untuk menghasilkan keluaran (

output

) yang

berkualiti.

Skop latihan yang dijalankan adalah bagi memenuhi keperluan/

kemahiran umum yang diperlukan oleh staf untuk melaksanakan

tugas mereka di samping kursus yang membawa kepada

kemajuan kerjaya dan meningkatkan kompetensi staf. Dalam

usaha ke arah kompetensi yang berkesan, BPbSM dan PPA

turut mewujudkan modul latihan/ kursus bagi pembangunan staf

berpandukan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6, Tahun

2005 iaitu Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam.