Previous Page  348 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 348 / 449 Next Page
Page Background

228

i. Aktiviti/ projek yang ditambah hendaklah

dikenalpasti dan dicatatkan dalam borang SKT

ii. Sasaran Kerja Tahunan yang didapati tidak

realistik hendaklah diubahsuai

Peranan Ketua Jabatan

Ketua Jabatan hendaklah menentukan supaya

penyediaan Sasaran Kerja Tahunan dilaksanakan

mengikut panduan serta membuat pemantauan

supaya ianya selaras dengan Perancangan Tahunan

Pusat Tanggungjawab dan Rancangan Kerja Fakulti/

Pusat/ Jabatan/ Bahagian berkenaan.

Penyediaan Sasaran Kerja Tahunan yang teratur

membolehkan penilaian prestasi pegawai dapat

dilaksanakan dengan objektif adil dan telus serta

dapat mempertingkatkan produktiviti pegawai dan

organisasi yang dianggotainya.

3.2.2.1.3 Fail Meja

Penyediaan fail meja dan senarai tugas juga telah

ditetapkan kepada setiap staf di FPJB (Pekeliling

Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 8 Tahun

1991: Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja) yang

berfungsi sebagai salah satu alat pengurusan dalam

mempertingkatkan kualiti kerja mahupun kecekapan

staf. Dengan adanya fail meja, staf dapat memahami

tugas dan peranannya dalam sesebuah setiap

Fakulti/ Pusat/ Jabatan dan Bahagian dan bagaimana

ia boleh membantu meningkatkan produktiviti di

organisasi tersebut. Selain itu, objektif dan penetapan

Sasaran Kerja Tahunan (SKT) juga membolehkan

staf mengisi aktiviti/ projek utama yang hendak

dilaksanakan beserta petunjuk prestasinya mengikut

tahun yang dinilai. Kategori SKT yang dinilai

termasuklah penghasilan kerja, pengetahuan dan

Rujuk SM 39:

Pekeliling

Kemajuan

Pentadbiran

Awam

Bilangan 8 Tahun 1991:

Manual Prosedur Kerja

dan Fail Meja