

224
3.2.2.1.1 Penambahbaikan kepada Laporan Penilaian
Prestasi Tahunan (LPPT)
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah membuat
penambahbaikan kepada Borang LPPT sedia ada seperti
berikut:
i. LPPT Staf Bukan Akademik
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah membuat
penambahbaikan terhadap borang prestasi melalui
kelulusan Mesyuarat LPU Bil. 2/2017 iaitu:
a. Borang LPPT Pegawai Kumpulan Pelaksana (II)
Gred 19-40
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
mengambil pendekatan menambahbaik borang
LPPT dengan mewujudkan dua kriteria tambahan
di setiap bahagian seperti berikut:
Bahagian
IV-
Pengetahuan
dan
Kemahiran iaitu Pelaksanaan Dasar,
Disiplin dan Kebolehan Mengelola dan
Jalinan Perhubungan.
Bahagian V- Kreativiti/ Inovasi/ Daya
Usaha Baharu iaitu Kreativiti dan Inovasi
serta Perundingan dan Perkongsian Ilmu.
b. Borang LPPT Pegawai Kumpulan Pengurusan
dan Profesional Bukan Akademik (Gred 41-54)
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
mengambil pendekatan menambahbaik borang
LPPT dengan mewujudkan dua kriteria tambahan
di setiap bahagian seperti berikut:
Bahagian
IV-
Pengetahuan
dan
Kemahiran iaitu Pelaksanaan Dasar,
Rujuk SM 37:
Minit Mesyuarat LPU Bil
2/2017 –
Penambahbaikan borang
LPPT