

223
Perkhidmatan Bilangan 4, Tahun 2002: Pelaksanaan Sistem
Saraan Malaysia Bagi Anggota Perkhidmatan Awam
Persekutuan). Laporan Penilaian Prestasi UPNM, telah
diperkenalkan pada tahun 2007 dengan menggunakan borang
mengikut format yang dikeluarkan oleh pihak JPA. Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia telah memudahkan proses
pengurusan penilaian prestasi dengan menggunakan Sistem
online Penilaian Prestasi Sistem Saraan Malaysia – Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia yang telah dilaksanakan pada
tahun 2012.
LPPT diguna pakai bagi memantau prestasi dan pembangunan
kerjaya selain menggalakkan pembangunan diri individu.
Dengan kata lain, penilaian prestasi dianggap sebagai proses
penilaian sumbangan pekerja kepada organisasinya sepanjang
tempoh masa tertentu oleh penyelianya mengikut piawaian-
piawaian yang telah ditetapkan. Hal ini menjadikan pengurusan
prestasi sebagai rutin harian, membolehkan pemantauan tahap
prestasi serta objektif setiap individu dan menilai keberkesanan
pengurusan sumber manusia.
Objektif utama pelaksanaan LPPT adalah seperti berikut:
• Penilaian Prestasi Tahunan membolehkan pengguna
menyelenggarakan penilaian prestasi bagi diri dan PYD
di bawah seliaannya.
• Penilaian Prestasi Dalam Tempoh Berkursus dan Cuti
Belajar
membolehkan
Urusetia
PPSM
menyelenggarakan prestasi PYD yang masih dalam
tempoh berkursus dan Cuti Belajar.
• Untuk mengenal pasti pegawai yang berprestasi tinggi
untuk dicalonkan sebagai penerima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan lain lain anugerah.
Penilaian Prestasi Tahunan membolehkan Pergerakan
Gaji Tahunan diberikan kepada staf mengikut tarikh
pergerakan gaji yang ditetapkan.
Rujuk SM 34:
Contoh Fail LPPT Tahun
2007
Rujuk SM 35:
Sistem
Online
Penilaian
Prestasi Sistem Saraan
Malaysia
-
Universiti
Pertahanan
Nasional Malaysia
Rujuk SM 36:
Pekeliling Perkhidmatan
Bil. 4, Tahun 1994 -
Pemberian
Hadiah
Pergerakan Gaji Bagi
Anggota Dalam Skim-
Skim Perkhidmatan yang
Memperuntukkan
Kelayakan Masuk
Pelbagai di Bawah
Klasifikasi Perkhidmatan
Pendidikan