Previous Page  342 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 342 / 449 Next Page
Page Background

222

• Penempatan semula pegawai atas permohonan sendiri

dan diluluskan oleh Ketua Jabatan demi kepentingan

perkhidmatan di FPJB, tertakluk kepada kekosongan

jawatan atau kesesuaian pegawai;

• Tidak menggunakan penempatan semula sebagai

hukuman kecuali penempatan semula tersebut dapat

membantu melicinkan proses tindakan tatatertib yang

sedang diambil terhadap pegawai berkenaan;

• Mengelakkan pegawai yang mempunyai hubungan

kekeluargaan di FPJB yang sama.

• Walau bagaimanapun, pertukaran semula boleh

dilaksanakan berdasarkan kepada keperluan semasa.

3.2.2 Pengurusan Prestasi

Pengurusan Prestasi merupakan elemen yang ditekankan

dalam teras strategik kelima dalam Pelan Strategik Sumber

Manusia Tahun 2016-2025 (Edisi Kedua) iaitu Mengurus

Prestasi, Pengiktirafan dan Ganjaran dalam Pengurusan

Sumber Manusia.

Oleh yang demikian, bagi menilai prestasi kerja semua staf

universiti dinilai secara berterusan bagi mengukur pencapaian

sasaran kerja tahunan dengan adil dan saksama. Pengurusan

prestasi adalah berpandukan kepada Dasar dan Prosedur yang

digariskan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) malah

sentiasa ditambahbaik dari semasa ke semasa.

3.2.2.1 Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LPPT)

Pada tahun 1992, Sistem Saraan Baru (SSB) telah

memperkenalkan prinsip upah berteraskan prestasi. Manakala

Sistem Saraan Malaysia (SSM), prinsip tersebut telah

diperkemaskan melalui prinsip upah berasaskan kompetensi.

Prinsip baharu ini menitikberatkan aspek sikap, kemahiran dan

pengetahuan serta lebih bersikap holistik. (Pekeliling

Rujuk SM 33:

Panduan Pelaksanaan

Sistem Penilaian Prestasi

Sistem Saraan Malaysia

Universiti

Pertahanan

Nasional Malaysia