

226
Pathways and Leadership Development:
University Transformation Programme, Orange
Book.
Selaras dengan dasar yang dikeluarkan oleh KPT
(
Orange Book
) tersebut, UPNM telah mengambil
pendekatan dengan mengaplikasikan dasar
tersebut dengan mengubah butiran, format dan
wajaran di dalam Laporan Penilaian Prestasi
Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional
(Akademik) Gred DS45/ DU51P – VK5 di UPNM
mengikut empat laluan kerjaya yang perlu
dipatuhi oleh semua Institusi Pendidikan Tinggi
(IPT) iaitu (i) Pengajaran, (ii) Penyelidikan, (iii)
Amalan Profesional dan (iv) Kepimpinan.
Pelaksanaan ini telah mendapat kelulusan
daripada Mesyuarat LPU Bil 3 Tahun 2017.
Pemurnian secara berterusan juga turut
dilakukan untuk menjadikan LPPT staf akademik
dapat mencakupi semua elemen dengan dunia
akademik dan seterusnya menjadikan ianya lebih
komprehensif dan menyeluruh.
3.2.2.1.2 Proses Penetapan
Key Performance Indicator
(KPI)/Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Serta
Keberkesanan Penilaian.
Sasaran Kerja Tahunan adalah elemen penting dalam
Sistem Penilaian Prestasi Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia. Aktiviti penting proses
penyediaan Sasaran Kerja Tahunan iaitu
Perancangan Tahunan Jabatan, Penetapan
Rancangan Kerja di Fakulti/ Pusat/ Jabatan/
Bahagian. Penetapan Sasaran Kerja Tahunan dan
Petunjuk Prestasi bagi setiap pegawai, Pelaksanaan
Kerja dan Pengesanan, Kajian Semula Pertengahan