Previous Page  350 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 350 / 449 Next Page
Page Background

230

3.2.2.2.2 Anugerah Inovasi

Anugerah inovasi diwujudkan bagi memberi penghargaan

kepada staf dan jabatan yang membantu universiti dalam

mewujudkan persekitaran kerja yang lebih berinovasi di

samping menambah motivasi staf semasa bekerja. Bagi Tahun

2017, UPNM telah menambah beberapa kategori baharu bagi

memberi peluang dan penghargaan kepada lebih ramai staf

atau jabatan yang cemerlang dalam memacu pembangunan

universiti. Antara kategori yang dipertandingkan ialah:

i. Anugerah Kualiti Naib Canselor;

a) Individu Terbaik

b) Pelajar Terbaik

c) FPJB Terbaik

ii. Anugerah Kualiti Timbalan Naib Canselor

(Akademik dan Antarabangsa);

iii. Anugerah Kualiti Timbalan Naib Canselor HEPA;

iv. Anugerah Kualiti Timbalan Naib Canselor

(Penyelidikan dan Inovasi);

v. Anugerah Kualiti Penolong Naib Canselor;

vi. Anugerah Kualiti Komandan;

vii. Anugerah Inovasi Pentadbiran;

viii. Anugerah Akademik Cemerlang;

ix. Anugerah Khas Staf; dan

x. Anugerah Khas Kualiti Pengerusi LPU;

3.2.2.2.3 Perkhidmatan Kaunseling Yang Berkesan

Penyediaan perkhidmatan kaunseling dan psiko logikal kepada

staf dalam memenuhi aspirasi dan merealisasikan Pekeliling

Perkhidmatan Bilangan 18, Tahun 2005: Aplikasi Psikologi

dalam Pengurusan Sumber Manusia yang berbentuk penilaian,

pembangunan personel, penyelidikan dan psikologi intervensi.

Selain itu, perkhidmatan kaunseling ini membantu untuk

memantapkan jati diri pegawai dalam menangani pegawai

bermasalah dan memastikan perkhidmatan kaunseling yang

ditawarkan menepati matlamatnya.

Rujuk SM 41:

Minit

Mesyuarat

Jawatankuasa

Pelaksanaan

Majlis

Anugerah

Universiti

Bil.1/2017