Previous Page  355 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 355 / 449 Next Page
Page Background

235

telah pun dirangka bagi menepati keperluan dan kehendak

universiti selaras dengan dasar negara.

Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPbSM)

merupakan sebahagian daripada Bahagian Pengurusan

Sumber Manusia yang berperanan untuk membangunkan

sumber manusia di universiti. BPbSM menjadi penggerak utama

dalam memenuhi keperluan peningkatan kompetensi staf

UPNM melalui latihan dan program pembangunan sumber

manusia. Latihan yang terlibat adalah:

i. Kursus Jangka Pendek (kursus anjuran dalaman dan

kursus anjuran pihak luar);

ii. Kursus Jangka Panjang;

iii. Taklimat;

iv. Ceramah/ Majlis Perkongsian Ilmu;

v. Seminar;

vi. Lawatan Rasmi/ Korporat/ Sambil Belajar;

vii. Bengkel/ Simposium/ Kolokium;

viii. Bimbingan Kaunseling

Mendukung hasrat pembangunan bakat tersebut, Pusat

Pembangunan Akademik (PPA) turut memainkan peranan bagi

penyediaan latihan yang berteraskan kompetensi pengajaran

dan pembelajaran, penyelidikan, penulisan dan penerbitan

ilmiah, pembangunan kurikulum dan pengkomersilan.

Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam (DLSMSA) telah

menetapkan bahawa setiap penjawat awam diwajibkan untuk

mengikuti latihan sekurang-kurangnya tujuh hari atau 56 jam

setahun.

3.2.3.3 Program Latihan Dalaman Staf

3.2.3.3.1 Program Latihan Dalam Staf Bukan Akademik

Pelaksanaan program latihan dalaman staf bukan akademik

adalah berdasarkan kepada Takwim Latihan Staf Bukan

Rujuk SM 44:

Garis Panduan

Menghadiri Program

Latihan UPNM