Previous Page  354 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 354 / 449 Next Page
Page Background

234

Bagi setiap pelaksanaan dan peruntukan yang telah

dikeluarkan, UPNM mengharapkan imbalan (

Return of

Investment

(ROI)) yang setimpal dengan pelaburan yang telah

diberikan berdasarkan hasil kerja yang berkualiti, kesetiaan

kepada organisasi, iltizam yang tinggi dan warga kerja yang

boleh diharap

(reliable)

serta ikhlas dan amanah dalam

melaksanakan pekerjaan. Amnya kejayaan sesebuah

organisasi adalah bergantung kepada warga kerja yang

berbakat dan mempunyai sikap suka dengan tugas yang

dipertanggungjawabkan kepadanya.

Pembangunan bakat merupakan penentu utama kejayaan

sesebuah organisasi dan bertindak sebagai strategi atau sistem

yang direka bentuk untuk meningkatkan produktiviti kerja.

Perkara ini dilaksanakan adalah berfungsi sebagai

penambahbaikan dan memanfaatkan pekerja dengan

kebolehan sedia ada dan diaplikasikan pengurusan bakat dalam

FPJB dengan ilmu dan kemahiran yang telah dibekalkan

semasa kursus/ latihan dilaksanakan.

Selaras dengan itu, BPbSM dan PPA sentiasa mengambil

inisiatif dengan mengadakan latihan secara kerjasama dengan

FPJB yang mempunyai fokus kerja dalam bidang

tertentu/teknikal malah turut mewujudkan latihan yang menjurus

kepada kompetensi khusus seperti Pusat Teknologi Maklumat

dan Komunikasi (PTMK), peneraju dalam bidang ICT di

Universiti dan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

(PPPI) yang bertanggungjawab dalam pengurusan penyelidikan

bagi staf akademik.

3.2.3.2 Pembangunan dan Pengumpulan Bakat (

Talent

Development and Talent Pool)

Sejajar dengan pekeliling tersebut, Universiti berhasrat untuk

mencapai matlamat dalam melahirkan staf yang berkualiti serta

berprestasi tinggi, satu program pembangunan sumber manusia