

229
kemahiran, kualiti peribadi, kepimpinan pentadbiran
dan kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi.
3.2.2.2 Pengiktirafan dan Ganjaran
UPNM berusaha untuk memastikan supaya penghargaan dan
ganjaran semua peringkat sentiasa dipertingkatkan melalui
hubung kait dengan tugas individu dan matlamat prestasi
organisasi. Setiap warga UPNM diharap menyedari ekspektasi
yang diharapkan daripada mereka dan peranan yang harus
mereka laksanakan secara keseluruhannya. Prestasi yang
cemerlang serta membanggakan akan diberi ganjaran dan
mereka berprestasi rendah dibantu melalui prosedur yang
sewajarnya. Bagi memastikan prestasi tinggi dan unggul yang
telah dipamerkan oleh seseorang penjawat awam diiktiraf,
ganjaran, keraian dan pujian juga diberikan melalui Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang (APC), Anugerah Inovasi dan
Anugerah Akademik Cemerlang setiap tahun.
3.2.2.2.1 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) adalah selaras
dengan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2,
Tahun 2002 dan ia merupakan satu pengiktirafan kepada staf
yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun
penilaian. Melalui penganugerahan ini, satu budaya kerja yang
positif dapat diterapkan dalam kalangan staf berdasarkan
sumbangan dan perkhidmatan yang telah diberikan, selain
menjadi panduan dan contoh bagi staf lain dalam membentuk
staf berprestasi tinggi secara berterusan di universiti. APC
adalah terbuka kepada semua staf tetap, kontrak ataupun
pinjaman yang telah genap setahun penuh perkhidmatan pada
hari terakhir penilaian dengan mendapat markah penilaian
prestasi sekurang-kurangnya 85%. Pemilihan dilakukan oleh
Panel Pembangunan Sumber Manusia berdasarkan perakuan
dan sokongan daripada Ketua Jabatan.
Rujuk SM 40:
Mesyuarat Panel
Pengurusan dan
Pembangunan Sumber
Manusia (PPPSM) Bil
1/2017