Previous Page  352 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 352 / 449 Next Page
Page Background

232

3.2.3 Pembangunan Bakat

3.2.3.1 Pengenalan

Pelaksanaan pembangunan bakat bagi kumpulan staf akademik

dan staf bukan akademik adalah di bawah tanggungjawab

Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPbSM), Bahagian

Pengurusan Sumber Manusia dan Pusat Pembangunan

Akademik (PPA) yang berperanan dan bertanggungjawab

dalam aspek pengurusan dan pelaksanaan agenda

pembangunan modal insan di UPNM dengan berteraskan

peningkatan nilai kompetensi sikap

(attitude),

kemahiran

(skills)

dan pengetahuan

(knowledge).

Peranan BPbSM dan PPA juga

adalah bertujuan bagi memastikan pelan dan rangka strategik

sumber manusia dalam memastikan amalan budaya kerja

berprestasi tinggi berteraskan pembangunan bakat dapat

dicapai dan terlaksana bagi kelestarian pengurusan sumber

manusia di UPNM

Berlandaskan Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil. 6, Tahun 2005

(Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam), lonjakan

pembangunan bakat Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi

Malaysia 2015-2025 dan Pelan Strategik Sumber Manusia

UPNM 2016-2025, BPbSM dan PPA berperanan dalam

mempersiap dan melengkapkan nilai, kebolehan dan

keupayaan seseorang staf berteraskan elemen ASK

(Attitude,

Skills, Knowledge)

dan nilai kepimpinan yang progresif untuk

mencapai tahap kompetensi yang diperlukan dalam diri seorang

staf bagi peningkatan pengurusan organisasi.

Dasar Wawasan Negara telah menetapkan matlamat

pembangunan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah

negara maju menjelang tahun 2020. Bagi mencapai matlamat

tersebut, kerajaan telah memberi penekanan kepada semua

aspek pembangunan, termasuklah pembangunan sumber

manusia sektor awam.

Rujuk SM 42

:

Pelan Strategik Sumber

Manusia

2016-2025

(Edisi Kedua)

Rujuk SM 43

:

Pekeliling Perkhidmatan

Awam Bil. 6 Tahun 2005

(Dasar Latihan Sumber

Manusia Sektor Awam)