Previous Page  357 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 357 / 449 Next Page
Page Background

237

staf. Perbezaan bagi kedua-dua nilai tersebut akan

menghasilkan jumlah kadar jurang diantara kepentingan

sesebuah tugasan serta tahap penguasaan seseorang staf

terhadap tugasan tersebut.

Bagi memastikan pelaksanaan yang tercapai, antara elemen

penting dalam pengurusan dasar latihan ialah penyediaan

peruntukan kewangan. Berdasarkan kepada faktor tersebut

UPNM menyediakan peruntukan tahunan sekurang-kurangnya

1% daripada peruntukan emolumen untuk tujuan latihan. Oleh

itu, Ketua Jabatan dikehendaki untuk memastikan setiap staf

mengikuti kursus sekurang-kurangnya tujuh hari setahun.

Dasar ini digubal untuk memastikan staf mempunyai kemahiran,

pengetahuan, nilai murni dan sikap positif dalam menjalankan

tugas. Ia juga penting untuk kemajuan kerjaya seseorang

kakitangan awam.

Namun pelaksanaan dasar ini memerlukan komitmen di

kalangan Ketua Jabatan dan juga setiap staf. Ketua Jabatan

perlu melaksanakan dasar ini dengan penuh tanggungjawab

untuk memastikan agenda pembangunan staf sentiasa diberi

perhatian. Hal ini termasuk menyediakan sistem pengurusan

latihan yang dapat membantu memastikan objektif atau

matlamat dasar itu tercapai.

Dalam konteks ini, Ketua Jabatan perlu komited dalam

menyediakan peruntukan kewangan seperti dinyatakan dalam

dasar latihan dan diagihkan untuk tujuan latihan staf di bawah

penyeliaannya. Tanpa peruntukan kewangan mencukupi,

agenda pelaksanaan aktiviti latihan menjadi terbatas dan akan

membantut agenda pembangunan modal insan sesuatu

jabatan. Universiti serta jabatan juga perlu memastikan program

latihan kakitangan selaras keperluan jawatan disandang dan

sesuai dengan perubahan persekitaran termasuk perubahan

teknologi.

Buku Rancangan Latihan

Staf (RLS)

Rujuk SM 53:

Maklumat Senarai

Penganjuran Kursus

Dalaman

Rujuk SM 54:

Pelan Laluan Kerjaya

Bukan Akademik

Rujuk SM 55:

Pelaporan dan Gambar

Program