Previous Page  362 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 362 / 449 Next Page
Page Background

242

Ph.D untuk menyambung secara sepenuh masa atau separuh

masa.

Secara keseluruhannya, jumlah staf yang telah mengikuti

kemudahan cuti belajar bagi menyambung pengajian di

peringkat Sarjana adalah berjumlah 73 orang, manakala staf

yang telah mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah

(Ph.D) di bawah kemudahan cuti belajar adalah berjumlah 155

orang.

3.2.3.6. Kemudahan Cuti Sabatikal

Kemudahan cuti sabatikal adalah merupakan cuti yang

diluluskan kepada staf akademik UPNM yang berkelayakan

untuk mengikuti suatu program berkaitan akademik seperti

pengajian atau menjalankan penyelidikan, penempatan untuk

menambahkan pengalaman dan ilmu pengetahuan baharu

dalam pelbagai bidang atau penulisan buku ilmiah atau

kesemuanya.

Pelaksanaan kemudahan ini dilihat mampu membantu UPNM

dalam meningkatkan keupayaan staf akademik terutamanya

untuk mengembangkan dan memperluaskan bidang kepakaran

akademiknya di samping meningkatkan prestasi kerja.

Program cuti sabatikal yang ingin dijalani boleh dilaksanakan di

dalam atau luar negara. Walau bagaimanapun, kelulusan cuti

sabatikal di luar negara adalah tertakluk kepada keperluan,

faedah kepada negara, universiti, fakulti dan juga kepada

pembangunan staf dengan tempoh menjalani sabatikal adalah

lima bulan dan sembilan bulan mengikut kiraan kelayakan.

Kemudahan cuti sabatikal mula dilaksanakan pada tahun 2015

iaitu seramai lima orang dihantar untuk menjalani cuti sabatikal

dalam dan luar negara. Seramai dua orang daripada Fakulti

Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP), satu orang dari

Pusat Asasi Pertahanan (PAP), satu orang daripada Fakulti

Rujuk SM 67:

Garis Panduan Cuti

Sabatikal

Rujuk SM 68:

Statistik Staf Mengikuti

Program Cuti Sabatikal