

244
tiga tahun selepas dianugerahkan Ph.D atau Ijazah Kepakaran
dan tidak pernah mengikuti pengajian peringkat Pasca
Kedoktoran/ Sub-Kepakaran.
Skim Pasca Kedoktoran bertujuan memberi peluang kepada staf
akademik UPNM yang telah menamatkan cuti belajar dan lulus
Ijazah Kedoktoran (Ph.D)/ Ijazah Kepakaran untuk menjalankan
aktiviti-aktiviti akademik lanjutan seperti berikut:
Pengajaran;
Penyelidikan;
Penulisan dan Penerbitan; dan
Perundingan penyelidikan, penulisan, penerbitan dan
perundingan berhubung dengan bidang pengajian yang
dijalankan.
Cuti Pasca Kedoktoran mula dilaksanakan pada tahun 2015
dengan penyertaan seorang pensyarah daripada Fakulti
Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP) bagi mengikuti
Cuti Pasca Kedoktoran di luar negara.
Kemudahan Sub-Kepakaran pula adalah terhad kepada
pensyarah perubatan sahaja iaitu daripada Fakulti Perubatan
dan Kesihatan Pertahanan (FPKP).
3.2.3.8 Program Insaniah UPNM
Kecemerlangan yang sebenar-benarnya tidak dapat dihasilkan
oleh staf atau kumpulan individu yang mempunyai ilmu,
kemahiran dan kesihatan semata-mata. Ada lagi faktor lain yang
perlu ada pada setiap staf tersebut termasuk semangat kerja
berpasukan dan semangat kekeluargaan dalam organisasi.
Menyedari hakikat ini, maka UPNM melalui Unit Latihan dan
Kompetensi telah mengendalikan Program Insaniah UPNM
yang telah diwajibkan kepada semua staf UPNM. Peserta akan
Rujuk SM 72:
Kertas Kerja Mesyuarat
Jawatankuasa EXCO
bagi Penganjuran
Program Insaniah
Rujuk SM 73:
Modul Pengisian
Program Insaniah