

247
3.2.3.10 Pelaksanaan Program Pengembangan Pendidikan
dan Kerjaya Skim Perkhidmatan Pembantu Makmal
Gred 19/22 Melalui Penyertaan Kursus Peralihan
Pembantu Makmal/
Bridging Programme
Kursus Peralihan Pembantu Makmal atau
Bridging Programm
e
merupakan sebuah kursus persediaan bagi Pembantu Makmal
sebelum memohon atau memegang jawatan Penolong Pegawai
Sains.
Program ini secara dasarnya adalah bertujuan bagi membantu
pengembangan kerjaya staf sokongan teknikal untuk bersedia
dari segi pengetahuan dan kemahiran dalam memberi
perkhidmatan dan bantuan kepada staf akademik ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Pembantu Makmal
adalah skim perkhidmatan sokongan yang terlibat secara
langsung dalam memberikan perkhidmatan sokongan di
makmal-makmal
khususnya
berkaitan
pengajaran,
penyelidikan, perundingan, pengurusan sumber, keselamatan
dan pentadbiran sesebuah makmal.
Oleh itu, universiti selaku majikan menyokong pelaksanaan
program ini dengan objektif seperti berikut:
Menyediakan satu platform peringkat kerjaya kepada
setiap pembantu makmal yang cemerlang dalam
perkhidmatan mereka.
Untuk mengukur kesesuaian seorang pembantu makmal
dari segi potensinya untuk menjawat jawatan dalam skim
perkhidmatan Penolong Pegawai Sains (C27).
Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat
kelayakan masuk ke skim perkhidmatan Penolong
Pegawai Sains gred C27 melalui urusan kenaikan
secara latihan (KPSL).
Rujuk SM 79:
Kertas Kerja Mesyuarat
Jawatankuasa EXCO
bagi Pelaksanaan
Program
Bridging
Rujuk SM 80:
Surat Tawaran
Menghadiri Program
Bridging
Rujuk SM 81:
Senarai Peserta yang
Telah Mengikuti Program
Bridging
Rujuk SM 82:
Pelaporan dan Gambar
Program