Previous Page  369 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 369 / 449 Next Page
Page Background

249

3.2.4.2 Skim Perkhidmatan Kesihatan Staf

Kewujudan kemudahan perubatan meliputi kesihatan dan

pergigian melalui penubuhan Pusat Kesihatan UPNM serta

penyediaan perkhidmatan Klinik Panel UPNM dalam

memastikan perkhidmatan kemudahan perubatan yang lebih

efektif kepada semua staf UPNM serta tanggungan mereka.

Pusat Kesihatan UPNM bertanggungjawab dalam menyediakan

kemudahan rawatan perubatan secara

in house

kepada seluruh

warga UPNM dan rawatan yang disediakan termasuk rawatan

pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan ibu mengandung

, x-ray,

pemeriksaan PALAPES, klinik kesihatan dan rawatan klinik

pergigian. Selain itu, universiti juga telah melantik beberapa

klinik swasta sebagai klinik panel untuk kemudahan perubatan

staf iaitu staf serta tanggungan (termasuk ibu bapa) boleh

mendapatkan rawatan pesakit luar

outpatient

dengan kadar

tidak melebihi RM60.00 bagi setiap kali rawatan berdasarkan

syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Di samping itu juga, universiti turut menyediakan kemudahan

rawatan pergigian di klinik swasta dengan kadar rawatan tidak

melebihi RM300.00 setahun untuk kegunaan staf dan

tanggungan (tidak termasuk ibu bapa). Walau bagaimanapun,

kemudahan rawatan ini hanya boleh digunakan selepas waktu

bekerja dan juga ketika kecemasan.

3.2.4.3 Kemudahan Alat Komunikasi Mudah Alih

Bagi mengikuti peredaran hubungan komunikasi semasa,

Universiti turut menyediakan kemudahan telekomunikasi bagi

mempertingkatkan kualiti, kecekapan dan keberkesanan

penyampaian perkhidmatan UPNM. Kemudahan ini adalah

disediakan kepada pegawai pentadbiran serta dipanjangkan

kepada staf kumpulan akademik yang memegang jawatan

pentadbiran dengan kadar caj bulanan mengikut kelayakan

seperti berikut:

Rujuk SM 84:

Skim

Perubatan

Kesihatan Staf (Edisi

Kedua)

Rujuk SM 85:

Surat Pekeliling Jabatan

Pendaftar Bilangan 1

Tahun 2014