

248
3.2.4 Pengurusan Pampasan
Pengurusan pampasan adalah salah satu daripada elemen
yang ditekankan di dalam teras strategik kelima di dalam Pelan
Sumber Manusia Tahun 2016-2025 (Edisi Kedua) iaitu
pengurusan prestasi, pengiktirafan dan ganjaran.
Ini juga dikaitkan dengan ganjaran yang diberikan kepada warga
UPNM untuk menarik bakat dan mengekalkan bakat sedia ada.
Oleh yang demikian, elemen ini juga mendukung teras strategik
ketiga di dalam Pelan Sumber Manusia Tahun 2016-2025 (Edisi
Kedua) iaitu Mengenalpasti, Membangun dan Mengekalkan
Bakat Terbaik.
Sehubungan itu, Universiti menyediakan beberapa insentif serta
kemudahan meliputi elaun dan imbuhan yang bersesuaian bagi
staf UPNM mengikut kelayakan dan syarat yang telah
ditetapkan dan sekali gus dapat menarik bakat dan
mengekalkan bakat sedia ada di UPNM.
3.2.4.1 Elaun Gantian Kenderaan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah mengamalkan
dasar penjimatan dengan memberi Elaun Gantian Kenderaan
kepada pegawai di dalam Pengurusan Tertinggi yang layak.
Sebelum ini, pegawai dibekalkan kenderaan universiti dan
memerlukan pembiayaan yang banyak bagi penyelenggaraan
kenderaan dan pengendalian kenderaan kepada pegawai.
Universiti telah meluluskan pemberian Elaun Kenderaan kepada
pegawai yang layak iaitu pegawai yang memegang jawatan
tertinggi universiti melalui Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif
Naib Canselor (EXCO) Bil. 5/2010.
Melalui Mesyuarat LPU Bil. 3 Tahun 2014, penambahbaikan ke
atas kadar bayaran dan elaun kenderaan telah diluluskan dalam
mesyuarat tersebut.
Rujuk SM 83:
Minit Mesyuarat LPU
Bilangan 3 Tahun 2014