Previous Page  371 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 371 / 449 Next Page
Page Background

251

Berdasarkan perjanjian persefahaman tersebut, pihak DCNS

akan menaja lima orang graduan lulusan Sarjana Teknologi

Maritim dan empat orang pensyarah bagi mengikuti peringkat

Sarjana dan Doktor Falsafah di Ecole Centrale De Nantes (ECN)

dan Dcns Sa, Perancis.

Di samping itu juga, pihak ECN turut memberikan tenaga pakar

bagi membantu pembangunan kurikulum Program Sarjana

Teknologi Maritim (STM) UPNM.

Bagi menyokong perjanjian tersebut, UPNM telah mengambil

langkah inisiatif dengan menyediakan peruntukan khas dalaman

Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada staf UPNM berstatus lantikan

tetap dan berpotensi untuk dikembangkan mengikuti pengajian

peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang yang dikenal

pasti bagi memenuhi keperluan dalam bidang kepakaran yang

dikehendaki. Manakala bagi pengajian di peringkat Sarjana,

UPNM menyediakan pembayaran elaun secara bulanan

sebanyak RM2,000.00 sebulan sepanjang tempoh pengajian

dengan lantikan secara kontrak mengikut tempoh pengajian

bagi jawatan Pensyarah Muda/ Felo.

3.2.4.5 Pinjaman Komputer

Skim pembiayaan ini ditawarkan kepada semua staf yang

berkhidmat di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia bertaraf

tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan. Skim

Pembiayaan Komputer UPNM telah diperakukan oleh

Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan UPNM Bil 3/2014

dan seterusnya telah diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga

Pengarah Universiti Bil. 3 Tahun 2014.

Staf UPNM yang telah membuat pinjaman pembiayaan di

bawah Skim Pembiayaan Komputer UPNM juga layak membuat

permohonan pembiayaan baharu setiap tiga tahun dengan

Rujuk SM 88:

Minit Mesyuarat LPU Bil.

3 Tahun 2014- Kelulusan

Pinjaman Komputer