Previous Page  377 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 377 / 449 Next Page
Page Background

257

aktiviti yang dijalankan ialah Program

Retreat

di Kem Kongkoi,

Negeri Sembilan, Ucaptama Naib Canselor, Program Murabbi,

Taklimat Raptai Istiadat Pemasyhuran dan Konvokesyen 2017

bersama Naib Canselor dan lain-lain.

Perkongsian Matlamat

Dasar, matlamat dan objektif sesebuah organisasi mestilah jelas

dan seragam dengan pekerja. Ini membolehkan para pekerja

bekerja ke arah visi yang sama dan memacu organisasi ke

hadapan. Perkongsian visi organisasi juga bermakna pendapat

pekerja diambil kira. Wawasan kerjasama bagi menanam

keinginan pekerja untuk meningkatkan imej, jenama, dan

kedudukan organisasi dalam industri pendidikan amat

bermakna. Budaya hubungan pekerja yang baik menggalakkan

pekerja untuk berkongsi idea dan input mereka. Apabila pekerja

merasakan input mereka sangat dihormati, ini meningkatkan

keazaman pekerja untuk mencapai kecemerlangan dalam

mencapai matlamat dan objektif organisasi. Atas dasar itulah

pengurusan UPNM mengambil pendekatan jangka pendek

dengan menggalakkan mesyuarat berkala dijalankan terutama

bagi membincangkan isu-isu yang terkait rapat dengan

hubungan bersama staf bagi memastikan matlamat jangka

panjang dan aspirasi masa depan tercapai. Selain itu, pihak

UPNM juga menggalakkan percambahan ilmu dengan

mengetengahkan bakat staf melalui pelbagai pendekatan dan

aktiviti yang dijalankan. Di antara aktiviti yang menggalakkan

perkongsian maklumat ialah Ucaptama Naib Canselor, Hari

Terbuka 1 Dekad UPNM,

Retreat

Kumpulan Sokongan,

Retreat

Kumpulan Pentadbir dan Ikhtisas dan lain-lain lagi.

Memotivasikan Pekerja

Motivasi pekerja adalah asas untuk meningkatkan produktiviti

keseluruhan dan mencapai matlamat yang ditetapkan. Walau

bagaimanapun, untuk memastikan keberkesanannya organisasi