Previous Page  381 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 381 / 449 Next Page
Page Background

261

Program kepimpinan dan pengurusan anjuran

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

Penglibatan dan penyertaan di dalam program-program

tersebut sama ada dianjurkan di dalam atau luar negara adalah

bertujuan untuk mengukuhkan peranan dan sifat kepimpinan

bagi diterapkan di kalangan pentadbir UPNM serta memupuk

kematangan kepimpinan dalam organisasi.

Disamping penglibatan dan penyertaan program kepimpinan

dan pengurusan anjuran agensi luar, UPNM menerusi Pusat

Kepimpinan dan Pembangunan Profesional turut menganjurkan

program berteraskan kepimpinan dan pengurusan untuk

pembangunan profesionalisme staf pengurusan dan akademik

di UPNM. Pusat yang beroperasi di bawah kategori Pusat

Kecemerlangan

(CoE)

ini

bertanggungjawab

untuk

meningkatkan profesionalisme di kalangan pelajar (Pegawai

Kadet/ Awam), Staf Pengurusan dan Pentadbiran, Pensyarah

(Awam/ Tentera) dan Pegawai Angkatan Tentera Malaysia

(ATM) di UPNM ke arah melahirkan

Intellectual Leaders of

Character

.

3.3.1 Pembangunan Kepimpinan

Kecemerlangan organisasi adalah bergantung kepada

daya usaha kepimpinan yang teratur dan strategik. Oleh

itu, dalam usaha bagi memastikan kelestarian kepimpinan

di UPNM, universiti telah mengambil inisiatif dengan

menghantar staf akademik dan bukan akademik untuk

mengikuti program-program kepimpinan yang ditawarkan

dan disediakan oleh Akademik Kepimpinan Pengajian

Tinggi (AKEPT), Universiti Awam Malaysia (UA) dan

Agensi Kerajaan sama ada ia dianjurkan dalam negara

mahupun di peringkat antarabangsa.

Universiti turut mengambil langkah proaktif dengan

melaksanakan program sangkutan

(attachment)

dengan