

266
tetapi tidak berhak untuk mengundi dalam
Mesyuarat Senat.
5. Senat adalah menjadi badan akademik bagi
Universiti dan, tertakluk kepada peruntukan
Perlembagaan ini, statut, kaedah-kaedah dan
peraturan-peraturan, berhak mengawal dan
memberikan arahan secara am tentang pengajaran,
penyelidikan dan peperiksaan, dan pengurniaan
ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik yang
lain.
6. Sebagai tambahan kepada fungsi dan kuasa
bawah subseksyen 4(3) dan subseksyen (5),
Senat hendaklah melaksanakan fungsi yang
berikut dan menjalankan kuasa yang berikut:
Untuk menubuhkan Fakulti, Sekolah, Pusat,
Akademi dan Institut, dan jabatan, unit atau
badan bawah Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi
dan Institut itu;
Dengan keizinan Lembaga, untuk memberikan
ijazah kehormat kepada orang yang telah
menyumbang terhadap kemajuan atau
penyebaran pengetahuan, atau yang telah
memberi khidmat awam yang cemerlang;
Untuk membentuk dasar dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran, peperiksaan,
penyelidikan, biasiswa dan latihan yang
dijalankan dalam, oleh atau daripada
Universiti;
Untuk memastikan standard pendidikan dalam
kursus pengajian yang diadakan dalam, oleh