

268
9. Apa-apa pertikaian antara Senat dengan
Lembaga tentang ruang lingkup dan takat fungsi
atau kuasa mereka boleh dirujukkan oleh salah
satu pihak kepada Menteri mengikut Seksyen
33.
Seksyen 22(2) Perlembagaan UPNM juga membenarkan
Mesyuarat Senat untuk mengundang mana-mana orang
termasuk seseorang pelajar untuk menghadiri Mesyuarat
Senat. Senat telah bersetuju untuk mengundang beberapa
Pengarah yang kepakaran dan bidang tugas mereka
diperlukan dalam membantu Pengerusi dan Ahli Mesyuarat
Senat membuat keputusan serta maklumat yang diperlukan
sebagai Ahli Turut Hadir. Ahli Turut Hadir tersebut ialah
Pengarah, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan;
Penyandang Kursi Kepimpinan; Pengarah, Pusat Jaminan
Kualiti dan Pengurusan Data; Ketua Pegawai Maklumat; dan
Pengarah, PTMK.
Selaras dengan Seksyen 22(4) Perlembagaan UPNM,
Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan dan Penasihat
Undang-Undang adalah dilantik sebagai ahli
Ex-Officio
tetapi
pegawai-pegawai tersebut tidak berhak untuk mengundi
dalam Mesyuarat Senat.
4.1.1.2 Kriteria Pemilihan dan Prosedur Direka Bentuk untuk Menyokong Fungsi
Senat
Keahlian Dekan Fakulti dan Pengarah Pusat Akademik
dalam Senat adalah secara automatik iaitu selaras dengan
pelantikan jawatan sebagai Dekan dan tempoh keahlian
adalah di sepanjang tempoh memegang jawatan tersebut.
Rujuk A 4:
Seksyen 22 (1) (d)
Perlembagaan UPNM
Bagi pemilihan keanggotan Profesor dalam Senat, calon-
calon adalah terdiri daripada Profesor yang bertugas
Rujuk A 5:
Salinan Surat Pemakluman
Proses Pemilihan Wakil