

267
atau daripada Universiti;
Untuk menentukan kebolehlaksanaan atau
selainnya apa-apa cadangan berkenaan
dengan apa-apa kurikulum atau kursus
pengajian yang dijalankan atau hendak
dijalankan dalam, oleh atau daripada Universiti;
Untuk
menentukan
kelayakan
yang
dikehendaki untuk diterima masuk dalam
mana-mana kursus pengajian yang diadakan
dalam, oleh atau daripada Universiti;
Untuk mengawal selia perjalanan penilaian dan
peperiksaan,
mengesahkan
keputusan
peperiksaan dan menentukan rayuan;
Untuk menggubal dasar untuk melindungi
kebebasan akademik dan kecemerlangan
profesional; dan
Untuk melakukan segala perkara yang suai
manfaat atau perlu bagi atau bersampingan
dengan pelaksanaan fungsinya bawah
Perlembagaan ini.
7. Dalam melaksanakan kewajipan, fungsi dan
tanggungjawabnya, Senat boleh mewakilkan
mana-mana daripada kewajipan, fungsi dan
tanggungjawabnya kepada ahlinya atau sesuatu
jawatankuasa yang terdiri daripada ahlinya.
8. Senat hendaklah mempertimbangkan apa-apa
perkara yang dihantar kepadanya oleh Lembaga
bawah subseksyen 20(3).