Previous Page  382 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 382 / 449 Next Page
Page Background

262

menghantar staf yang berpotensi ke organisasi yang

berkaitan bagi memberi pendedahan sama ada

pendedahan pengurusan atau teknikal. Langkah ini adalah

bertujuan bagi mempelajari kaedah pengurusan bagi

menambah baik sistem pentadbiran dan proses kerja

sedia ada.

3.3.2 Pelan Penggantian

Pelan Penggantian Staf UPNM yang berkesan akan

menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan.

Oleh itu pelan penggantian yang komprehensif perlu

mengambil kira aspek pembangunan diri yang kompeten

dan potensi yang cemerlang sebagai mekanisma yang

terbaik untuk melahirkan kepimpinan pengurusan yang

cemerlang untuk pembangunan Universiti.

Secara umumnya, pelan penggantian adalah proses untuk

mengenalpasti dan membangunkan sumber manusia,

khususnya dalam kalangan kakitangan sesebuah

organisasi bagi mengisi jawatan-jawatan utama dan

kritikal organisasi tersebut.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2006 telah

dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam bertujuan

untuk menyediakan panduan mewujudkan

Search

Committee

dan proses pelaksanaan Pelan Penggantian

(Search Committee

) yang lebih mantap terhadap

mekanisma sedia ada dalam melaksanakan pemilihan

pegawai-pegawai di Gred 48 dan ke atas bagi mengisi

jawatan-jawatan strategik.

Bagi memastikan perancangan dalam melaksanakan

Pelan Penggantian Staf UPNM yang berkesan, kerangka

utama telah pun disusun bagi:

Rujuk SM 102:

Pelan

Penggantian

Pelbagai

Skim

Perkhidmatan Bagi Staf

Akademik

Universiti

Pertahanan

Nasional Malaysia

Rujuk SM 103:

Pelan Penggantian

Kumpulan Pengurusan

dan Profesional (Bukan

Akademik)

Rujuk SM 104:

Pekeliling Perkhidmatan

Bilangan 3 Tahun 2006