

264
4.0 AUTONOMI AKADEMIK
Selaras dengan falsafah UPNM untuk menjadi sebuah institusi nasional primier bertunjangkan
Pertahanan dan Keselamatan, UPNM amat berdedikasi dalam menghasilkan modal insan
minda kelas pertama serta mempunyai ciri-ciri pemimpin berintelektual masa hadapan yang
menyerlah, bersifat terpuji dan komited untuk berbakti sepenuhnya kepada bangsa, agama
dan negara. Justeru, untuk menjayakan kelangsungan kepentingan strategik negara maka
sokongan padu dan kerjasama daripada seluruh warga UPNM amat diperlukan untuk
merealisasikan falsafah tersebut.
Pemantapan struktur tadbir urus UPNM adalah asas penting kepada pemerkasaan UPNM
dan sejajar dengan Teras Ke-4 dalam PSPTN. Pemantapan tadbir urus ini adalah penting
bagi UPNM untuk memperkasakan pengurusan UPNM agar lebih berkesan dan berintegriti
supaya dapat memberi suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. UPNM juga
komited bergerak ke arah sistem tadbir urus berautonomi yang merangkumi tadbir urus,
kewangan dan penjanaan kekayaan, sumber manusia dan pengurusan akademik. Selain itu,
pengenalan kedua-dua kod iaitu; “
Code of University Good Governance
” (CUGG) dan
“
University Good Governance Index
” (UGGI) dilihat dapat membantu untuk mengukur sejauh
mana kesediaan UPNM. Perkara ini juga adalah selaras dengan dasar-dasar pelaksanaan
autonomi yang dipetik daripada keputusan Jemaah Menteri iaitu merujuk kepada
Memorandum Jemaah Menteri (MJM) Pelaksanaan Autonomi bertarikh 2 September 2010.
4.1
STRUKTUR SENAT DAN KEANGGOTAAN
Senat UPNM merupakan badan akademik tertinggi Universiti yang tertakluk kepada
Perlembagaan, statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan. Senat juga
bertanggungjawab dan berhak untuk mengawal dan memberikan arahan secara am tentang
pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan peperiksaan, dan pengurniaan ijazah,
diploma, sijil dan kepujian akademik yang lain. Di samping itu, Senat juga bertanggungjawab
untuk melaksanakan fungsi dan kuasa seperti dalam Seksyen 22(6) Perlembagaan UPNM.
Senat juga dalam melaksanakan kewajipan, fungsi dan tanggungjawabnya, boleh mewakilkan
mana-mana daripada kewajipan, fungsi dan tanggungjawabnya kepada ahlinya atau sesuatu
jawatankuasa yang terdiri daripada ahlinya.