Previous Page  376 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 376 / 449 Next Page
Page Background

256

Merangkul Kesamarataan

Mempromosikan persekitaran kerja yang adil dan seragam

tanpa pilih kasih akan dapat menghasilkan kesaksamaan. Ia

akan mewujudkan suasana di mana pekerja berasa tenang dan

selesa. Pengiktirafan berdasarkan usaha dan pencapaian

matlamat mereka akan cenderung untuk menjadikan mereka

bekerja lebih keras. Pengiktirafan ini termasuk memastikan staf

berpengetahuan tentang dasar dan mengiktiraf batasan dan

sempadan mereka di antara rakan sekerja dan kakitangan

pengurusan. Aktiviti yang dijalankan seperti Hari Inovasi,

Anugerah UPNM dan lain-lain.

Komunikasi yang Berkesan dan Terbuka

Memandangkan pekerja adalah aset dan tulang belakang

kepada kejayaan operasi organisasi, komunikasi yang lebih baik

adalah penting. Perhubungan ini meliputi persekitaran kerja

dengan pendekatan komunikasi yang berkesan bermula dengan

memastikan pintu terbuka kepada semua pekerja dan

kakitangan pengurusan. Dasar pintu terbuka memperkuatkan

bahawa pihak pengurusan sentiasa memberi peluang

mendengar dan mengambil maklum keperluan yang

disuarakan. Ini akan menghasilkan persekitaran kerja yang

mampu mengatasi rasa tidak puas hati, mengatasi salah faham

dan mengurangkan konflik dalaman dengan cara yang berkesan

dan cepat. Keterbukaan pengurusan inilah yang berjaya

membawa kepada komunikasi secara efektif dan melibatkan

pekerja mereka dalam operasi organisasi. Di antara usaha

pengurusan yang telah dijalankan adalah mengadakan sesi soal

jawab bersama pengurusan tinggi setiap kali sesi

retreat

atau

perjumpaan bersama diadakan. Selain itu, pihak YBhg Naib

Canselor sentiasa mengalu-alukan kumpulan staf mahupun

pelajar untuk berbincang bersama beliau bagi memberi peluang

secara dekat. Hal ini tidak kira dimana termasuk ketika berada

di pejabat, masjid atau di majlis-majlis yang dianjurkan. Antara