

254
Association
(NADIMASA), wakil kumpulan Pengurusan dan
Profesional iaitu Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas
(PERINTIS) dan wakil kumpulan Pelaksana iaitu Kesatuan
Kakitangan Sokongan (KESUPNA). Mesyuarat Majlis Bersama
Jabatan ini dijadualkan bersidang sebanyak empat kali setahun
dan membincangkan isu berkaitan kepentingan perkhidmatan,
kebajikan, faedah dan kemudahan.
Pendekatan MBJ dilihat sebagai satu wadah atau platform bagi
wakil staf pelbagai peringkat melalui persatuan mahupun
kesatuan untuk memberikan cadangan dan pandangan
melibatkan peningkatan mutu perkhidmatan dan kebajikan staf
secara keseluruhannya selain daripada membuktikan sifat
keterbukaan universiti dalam mendengar dan melaksanakan
cadangan atau penambahbaikan yang sewajarnya.
3.2.5.1 Perhubungan Pengurusan dan Pekerja
(Employee
Relations)
Membina dan mengekalkan hubungan pekerja yang sihat
merupakan prasyarat penting dalam mencapai kejayaan utama
dalam sesebuah organisasi. Meningkatkan saluran komunikasi
dan motivasi pekerja dapat mencapai objektif tersebut.
Disamping itu, dapat mewujudkan keseragaman, kesaksamaan
dan membentuk pemimpin yang hebat. Membina hubungan
yang baik ini memerlukan keseimbangan suara terutama dalam
memenuhi keperluan pekerja dan dalam masa yang sama
organisasi terus mencapai kecemerlangan. Membina hubungan
pekerja memberi banyak kelebihan dalam kejayaan organisasi.
Kebaikan dalam membina hubungan antara staf dan
pengurusan ialah:
Hubungan pekerja yang kukuh mengekalkan suasana
harmoni di tempat kerja. Perhubungan yang sihat antara
semua peringkat pekerja.