

252
syarat pinjaman pembiayaan yang terdahulu telah diselesaikan
sepenuhnya.
Amaun pembiayaan maksimum adalah RM3,500.00 (dikira
kepada angka ratusan yang terdekat). Amaun pembiayaan yang
dibenarkan juga adalah tertakluk kepada pengiraan jumlah
potongan bulanan yang bayaran balik Skim Pembiayaan
Komputer UPNM ini tidak melebihi 1/3 daripada gaji pokok staf
dan semua potongan gajinya hendaklah tidak melebihi 60%
daripada jumlah gaji pokok dan elaun-elaun.
Tempoh maksimum pembiayaan ialah 48 bulan dan hendaklah
tidak melebihi baki tempoh perkhidmatan anggota dengan
Kerajaan.
3.2.4.6Potongan bayaran yuran kepada warga UPNM yang
melanjutkan pelajaran di UPNM (
postgraduate
)
Bagi menerapkan budaya pembelajaran di kalangan warga
UPNM, pihak Pusat Pengajian Siswazah telah mengambil
inisiatif untuk memberikan cadangan kepada pengurusan
universiti dengan memberikan 10% bagi pembayaran yuran
bukan sahaja kepada staf akademik malah kepada staf bukan
akademik.
Perkara ini telah mendapat kelulusan daripada Mesyuarat
Lembaga Pengarah Universiti Bil 2 Tahun 2015 yang lalu.
3.2.4.7 Skim Insentif Hasil Penyelidikan dan Inovasi
Aktiviti penyelidikan dan inovasi telah berkembang dengan
pesat serta menyumbang kepada pencapaian UPNM secara
amnya. Sehubungan itu, UPNM di bawah Pejabat Timbalan
Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah mewujudkan
Rujuk SM 89:
Minit Mesyuarat LPU Bil.
2 Tahun 2015 - Kelulusan
Pembayaran
Yuran
kepada Warga UPNM
Rujuk SM 90:
Minit Mesyuarat LPU 25
Bil 1/2016- 26 Februari
2016