

245
didedahkan kepada latihan bersepadu (
integrated
) yang
menggabungkan aspek-aspek iaitu ilmu, kemahiran,
kecemerlangan fizikal, kemantapan emosi, kerohanian dan
semangat kerja berpasukan.
Program ini bertujuan meningkatkan kecemerlangan peserta
sebagai staf yang bersepadu dan dapat bekerja sebagai satu
pasukan. Objektif daripada program ini adalah seperti berikut:
Mengenali diri dan memahami tanggungjawab dalam
konteks kerja berpasukan dan memahami dengan lebih
mendalam bidang tujahan universiti iaitu keselamatan
dan pertahanan.
Membentuk keupayaan ke arah menjadi staf dan ahli
pasukan kerja yang cemerlang.
Memahami dan menghayati tentang nilai-nilai murni
dalam bekerja secara berpasukan.
Menyedari dan lebih peka berkenaan kepentingan
kerjasama dan membentuk pasukan kerja yang
cemerlang.
Memahami kemahiran berkomunikasi dan hubungan
kemanusiaan dalam kumpulan. Memperbaiki sikap,
amalan, dan mempertingkatkan disiplin serta dedikasi
diri ke arah bekerja dengan cemerlang sebagai satu
pasukan.
3.2.3.9 Program Keutuhan bagi Pengesahan dalam
Perkhidmatan Staf UPNM
Kecemerlangan organisasi amat bergantung kepada kekuatan
kerjasama dan jati diri pasukan yang diamalkan oleh setiap
kakitangan. Semangat pasukan yang tinggi dan komitmen
Rujuk SM 74:
Senarai Peserta yang
Telah Mengikuti Program
Insaniah
Rujuk SM 75:
Pelaporan dan Gambar
Program
Rujuk SM 76:
Modul Pengisian
Program Keutuhan Bagi