Previous Page  359 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 359 / 449 Next Page
Page Background

239

perubahan pengetahuan, sikap dan kemahiran dalam

persekitaran kerja.

Bagi memastikan semua staf UPNM menghadiri latihan

sekurang-kurangnya tujuh hari atau 56 jam setahun, laporan

kehadiran staf dalam program latihan disediakan setiap tiga

bulan untuk tujuan pemantauan oleh Ketua Jabatan.

3.2.3.3.2 Program Latihan Dalaman Staf Akademik

Program latihan kepada staf akademik dilaksanakan bagi

memantapkan lagi pengetahuan dan pengalaman mereka

dalam 4 komponen penting seperti berikut:

Pengajaran dan pembelajaran;

Penyelidikan;

Penyeliaan; dan

Penerbitan

Pelaksanaan kursus mengikut komponen ini diuruskan oleh

FPJB yang berlainan iaitu bagi komponen Pengajaran dan

Pembelajaran serta Penyeliaan diuruskan oleh Pusat

Pembangunan Akademik (PPA), komponen Penyelidikan

diuruskan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

(PPPI) dan komponen Penerbitan diuruskan oleh Penerbit

UPNM.

Bagi tujuan peningkatan ilmu dan jaringan luar, UPNM juga turut

menggalakkan pensyarah menghadiri program-program anjuran

AKEPT agar dapat berkongsi ilmu dari komponen-komponen

yang ada dari sudut pandangan institusi luar.

3.2.3.4 Kemudahan Menghadiri Persidangan

Bagi pembentukan kompetensi staf akademik dalam bidang

kepakaran dan penulisan kertas penyelidikan, universiti turut

Rujuk SM 56:

Garis Panduan

Pembangunan Staf

Akademik

Rujuk SM 57:

Pelaporan dan Gambar

Program

Rujuk SM 58: