

221
Objektif utama pelaksanaan penempatan semula pegawai di
UPNM adalah seperti berikut iaitu:
• Bagi mempertingkatkan produktiviti seseorang
pegawai;
• Bagi menambah pengalaman, pendedahan dan proses
pembelajaran untuk kemajuan kerjaya pegawai;
• Membendung rasa bosan bertugas di satu tempat
dalam tempoh masa yang panjang;
• Memperluaskan lagi jaringan kerjasama
pegawai;
• Mencegah kemungkinan berlakunya penyelewengan,
penyalahgunaan kuasa dan rasuah;
• Bagi memberi peluang pegawai diselia oleh penyelia
yang berbeza supaya penilaian prestasi mereka dapat
dibuat dengan lebih saksama;
• Memberi peluang pegawai melihat organisasi yang
mereka ditempatkan dari perspektif yang berbeza
supaya pegawai dapat mencuba pendekatan baru
yang boleh mempertingkatkan lagi keberkesanan
organisasi berkenaan;
• Memberi peluang pegawai mendapat tugasan yang
sesuai dengan minat, kebolehan, latihan serta
pengalaman bagi mencapai penghasilan kerja yang
maksimum.
Universiti menggunakan dasar pertukaran berikut sebagai
panduan dalam melaksanakan urusan pertukaran supaya
teratur dan seragam:
• Menempatkan semula pegawai yang telah berkhidmat
sekurang-kurang tiga tahun di satu-satu FPJB dan tidak
melebihi lima tahun di FPJB tersebut;
• Menempatkan semula pegawai atas arahan Ketua
Jabatan berdasarkan kesesuaian/ kompetensi/
kemahiran pegawai atas kepentingan perkhidmatan di
sesebuah FPJB;