Previous Page  336 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 336 / 449 Next Page
Page Background

216

3.2.1.2.9 Pensijilan ISO 9001:2008 bagi Prosedur Pelantikan

Baharu Staf Akademik dan Bukan Akademik

Bagi memastikan urusan pelantikan staf akademik dan bukan

akademik sentiasa mematuhi garis panduan dan prosedur yang

ditetapkan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah

menambah baik prosedur sedia ada dan mendokumenkan

prosedur tersebut di dalam ISO9001:2008. Bahagian

Pengurusan Sumber Manusia juga mengambil kira pengurusan

risiko di dalam segala urusan pelantikan.

3.2.1.3 Pelantikan Bakat yang Berkualiti

Dalam memastikan bakat yang diperlukan sesuai dengan hala

tuju universiti, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah

meluaskan pengambilan staf bukan sahaja dengan melihat

kepada latar belakang pendidikan malah pengalaman kerja di

dalam industri dan kepakaran juga dititikberatkan. Ini adalah

selaras dengan saranan daripada pihak KPT melalui

Strengthening Academic Career Pathways and Leadership

Development: University Transformation Programme, Orange

Book

di bawah elemen

Building Talent Excellence

. Berikut

merupakan antara alternatif yang telah diambil oleh Bahagian

Pengurusan Sumber Manusia.

i.

Tukar Lantik Pegawai Angkatan Tentera Malaysia

(ATM) kepada Pensyarah Universiti

Bagi membantu UPNM mencapai nisbah keperluan

kepakaran Pensyarah Tentera, UPNM sedang

melaksanakan proses tukar lantik Pensyarah Pinjaman

(Tentera) kepada pelantikan Pensyarah Universiti Gred

DS secara Tetap di UPNM yang mana ini merupakan

salah satu usaha untuk memastikan kesinambungan

aspek pengajaran, penyelidikan dan pembelajaran

Rujuk SM 25

:

Prosedur

Pelantikan

Staf Akademik dan

Bukan Akademik serta

Pengurusan Risiko

Rujuk SM 26

:

Minit

Mesyuarat

Lembaga

Pengarah

Universiti Bil. 3 Tahun

2017 – Pertukaran

Tetap

Pegawai

Angkatan

Tentera

Malaysia (ATM) kepada

Pensyarah Universiti