

215
keselamatan sebagaimana yang ditetapkan sekiranya
ditetapkan sedemikian dalam mana-mana undang-undang yang
berkuatkuasa.
3.2.1.2.6 Tawaran Pelantikan
Surat tawaran dikeluarkan kepada calon yang berjaya beserta
dengan Senarai Tugas Hakiki bagi staf Bukan Akademik
manakala staf Akademik disertakan bersama Garis Panduan
Beban Tugas Akademik. Calon perlu mengemukakan kepada
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia keseluruhan keputusan
pemeriksaan kesihatan, Surat Aku Janji dan Perakuan Setuju
Terima tawaran.
3.2.1.2.7 Tarikh Pelantikan
Tarikh pelantikan staf ke dalam perkhidmatan awam ialah tarikh
staf melapor diri untuk bertugas di UPNM.
3.2.1.2.8 Penentuan Gaji Permulaan
UPNM menentukan gaji permulaan staf sebagai mana yang
ditetapkan dalam skim perkhidmatan. Bagi staf lantikan kontrak
terutamanya staf akademik yang telah bersara dalam
perkhidmatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah
mewujudkan pakej penetapan gaji di mana pakej ini adalah
berdasarkan kepada latar belakang dan laluan kerjaya calon
seperti berikut:
i. Pakej A: mempunyai bakat dalam laluan pengajaran;
ii. Pakej B: mempunyai bakat dalam laluan pengajaran dan
mempunyai pengalaman dalam salah satu laluan
antaranya penyelidikan, amalan professional atau
kepimpinan; dan
iii. Pakej C: mempunyai bakat dalam semua laluan iaitu
pengajaran, penyelidikan, amalan profesional dan
kepimpinan serta menjadi pakar rujuk dalam bidang
kepakaran.