

213
ii. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia juga
menyenaraikan bidang yang diperlukan agar memenuhi
keperluan kritikal di setiap FPJB di dalam iklan di akhbar.
iii. Pengiklanan juga dibuat melalui hebahan di laman
sesawang universiti.
3.2.1.2.2 Permohonan perjawatan
i. Semua permohonan bagi jawatan Akademik dan Bukan
Akademik boleh dibuat secara dalam talian melalui
laman sesawan
g http://erecruitment.upnm.edu.my.ii. Bagi permohonan jawatan Akademik, permohonan
secara manual juga diperlukan di mana borang
permohonan yang lengkap beserta
Curriculum Vitae
(CV) dan salinan sijil-sijil yang berkaitan diperlukan.
iii. Bagi permohonan jawatan Bukan Akademik tiada
keperluan untuk menerima borang permohonan secara
manual dan tiada permohonan secara bertulis diterima.
3.2.1.2.3 Saringan
i. Permohonan yang telah dihantar akan dibuat tapisan
awal di peringkat Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia dan calon yang layak memenuhi kriteria umum
akan dihantar ke FPJB untuk pemilihan secara
terperinci.
ii. Kriteria umum yang dititikberatkan oleh universiti adalah:
a. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang
memiliki kelayakan akademik yang cemerlang
dalam Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian
serta mendapat PNGK terakhir 3.0 dan ke atas
Rujuk SM 22
:
Portal
MyCampus
UPNM
-
Iklan
Perjawatan
Rujuk SM 23
:
Laman
Sesawang
Pengambilan
Staf
UPNM
(www.e- recruitment.upnm.edu. my)