Previous Page  331 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 331 / 449 Next Page
Page Background

211

terbaik di dalam pasaran kerja. Perkara ini merupakan satu

cabaran yang besar bagi memastikan pekerja adalah berkualiti

dan penyampaian perkhidmatan adalah cemerlang.

Universiti secara keseluruhannya mengguna pakai Peraturan-

Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan

Penamatan Perkhidmatan) 2012 serta mematuhi syarat skim

dan peraturan perkhidmatan yang telah ditetapkan oleh Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi Pekeliling dan Surat

Pekeliling yang masih berkuat kuasa.

Perkara ini dapat dibuktikan melalui Laporan Akhir Audit Indeks

Akauntabiliti Tahun 2016 di bawah sub tajuk Struktur Organisasi

yang menyatakan bahawa:

Secara keseluruhannya, pengurusan organisasi UPNM telah

diuruskan dengan teratur. Ia mempunyai gabungan pegawai

yang berkelayakan dan berpengalaman untuk melaksana dan

mencapai objektif penubuhannya. Pengasingan tugas juga telah

diwujudkan bagi meningkatkan akauntabiliti dan ketelusan

sesebuah organisasi di samping membentuk suatu sistem

kawalan dalaman yang teguh.’

Penemuan audit yang dibangkitkan adalah berdasarkan kepada

semakan terhadap pensampelan yang telah dipilih bagi tahun

2016 dan teguran ke atas audit yang dijalankan pada tahun

2013.

Oleh yang demikian, jelaslah menunjukkan bahawa sistem

pengambilan dan pemilihan yang diguna pakai oleh Bahagian

Pengurusan Sumber Manusia mengikut dasar yang telah

ditetapkan oleh Kerajaan.

Rujuk SM 19:

Peraturan-peraturan

Pegawai

Awam

(Pelantikan, Kenaikan

Pangkat

dan

Penamatan

Perkhidmatan) 2012

Rujuk SM 20:

Laporan Audit Indeks

Akauntabiliti

Tahun

2016