

209
Pelan Tindakan:
Budaya berprestasi tinggi berpaksi dalam menyediakan
perkhidmatan bagi pelanggan dalaman dan luaran UPNM. Oleh
itu, perhubungan majikan-pekerja serta perkhidmatan
berfokuskan pelanggan adalah tunjang kepada kejayaan dalam
memberikan perkhidmatan yang melangkaui kebiasaan.
Perhubungan majikan pekerja hendaklah sentiasa harmoni,
bebas daripada sebarang konflik serta berasaskan
penyelesaian isu atau masalah melalui saluran yang telah
ditetapkan. Saluran ini menyediakan medium komunikasi dua
hala di antara pihak pekerja dengan pengurusan dalam
menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbangkan
idea atau cadangan demi kepentingan organisasi.
3.1.2 Polisi Perhubungan Sumber Manusia
Semua Pekeliling, Surat Pekeliling, Polisi dan Prosedur yang
akan dilaksanakan dan berkuat kuasa dikaji terlebih dahulu
kesesuaian pemakaiannya. Semua peraturan tersebut diangkat
ke Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Naib Canselor (EXCO)
dan Mesyuarat LPU untuk pertimbangan dan kelulusan.
Untuk memastikan penyaluran maklumat berhubung Pekeliling,
Surat Pekeliling, Polisi dan Prosedur Sumber Manusia dapat
disampaikan kepada seluruh warga UPNM, Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia menyalurkan maklumat melalui
portal
MyCampus
, laman sesawang Bahagian Pengurusan
Sumber Manusia, emel, surat kepada semua Ketua Jabatan di
FPJB serta menggunakan medium terkini melalui aplikasi
.
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia juga mengadakan
mesyuarat bersama dengan Kumpulan Pengurusan dan
Profesional serta Kumpulan Pelaksana untuk menyampaikan
hal-hal berkaitan dengan pentadbiran dan perkhidmatan bagi
Rujuk SM 16:
Laman
Sesawang
Jabatan Pendaftar
Rujuk SM 17:
Minit
Mesyuarat
Pendaftar
dan
Kesatuan Sekerja