

212
3.2.1.1 Pelantikan
Pelantikan bermaksud proses kerja untuk melantik seseorang
ke dalam perkhidmatan awam oleh Jawatankuasa Pemilih
Universiti seperti yang disebutkan dalam Seksyen 26
Perlembagaan Universiti secara tetap, sementara atau kontrak,
termasuklah pelantikan kali pertama dan pelantikan seseorang
pegawai yang sedang berkhidmat dalam mana-mana skim
perkhidmatan.
Semua pelantikan ke dalam perkhidmatan awam adalah
mengikut syarat-syarat yang dinyatakan dalam skim
perkhidmatan yang berkuat kuasa.
3.2.1.2 Pengambilan
Pengambilan staf bergantung kepada kekosongan perjawatan
yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia
melalui Surat Kelulusan Perjawatan (SKP). UPNM telah
melaksanakan tatatacara pengambilan seperti berikut:
3.2.1.2.1 Pengiklanan
i. Mengiklankan kekosongan jawatan melalui sekurang-
kurangnya satu akhbar harian Bahasa Melayu dengan
memastikan butiran di dalam iklan tersebut
mengandungi:
a. Nama jawatan dan taraf pelantikan;
b. Nama skim perkhidmatan;
c. Butiran gaji;
d. Kelayakan akademik dan kelayakan lain yang
dikehendaki;
e. Taraf kewarganegaraan pemohon;
f. Tarikh tutup permohonan; dan
g. Kaedah permohonan dan alamat ke mana
permohonan patut dikirimkan.
Rujuk SM 21
:
Contoh
Iklan
Perjawatan Akademik
dan Bukan Akademik