

207
adalah dengan mengadakan usahasama dengan agensi yang
berkredibiliti seperti Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU),
Malaysia
Productivity Corporation
(MPC) untuk kursus berkaitan inovasi
dan kreatif. Selain itu, dengan memperbanyakkan program
percambahan minda seperti pertandingan Kumpulan Inovatif
dan Kreatif (KIK) dengan memberi insentif bagi idea-idea
baharu juga dapat membantu mewujudkan organisasi yang
kreatif dan inovatif. Selain itu, UPNM juga merangka untuk
mengadakan program penggalakan
Blue Ocean Strategy
bersama agensi swasta.
Membangunkan Tenaga Kerja Profesional
UPNM berusaha untuk membangunkan tenaga kerja
profesional yang mantap pengetahuan, kaya pengalaman,
tajam kemahiran dan memiliki ketrampilan diri dangan
pengajuran Program Sangkutan Industri untuk kumpulan
Akademik dan Program Sangkutan
Work Based Learning
bagi
staf bukan akademik.
Teras 5: Pengurusan prestasi, pengiktirafan dan ganjaran
Matlamat Strategik: Membudayakan Pencapaian Prestasi
Tinggi, Menyediakan Ganjaran dan Pengiktirafan Berdasarkan
Prestasi
Pelan Tindakan:
Matlamat strategik pengurusan prestasi ini adalah berperanan
untuk meningkatkan motivasi pegawai agar mampu
mempamerkan prestasi yang tinggi dengan mewujudkan
ekspektasi terhadap penilaian keberhasilan, penetapan
akauntabiliti dan penyediaan ganjaran dan pengiktirafan.
Pengiktirafan ini hanya boleh dicapai sekiranya ganjaran dan
penghargaan diberi berdasarkan pencapaian prestasi yang
Rujuk SM 15
:
Pencapaian KIK UPNM
2015 - 2017