Previous Page  326 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 326 / 449 Next Page
Page Background

206

menyumbang semula kepada organisasi. Proses pembangunan

bakat yang berterusan ini adalah penting bagi memastikan

bakat-bakat terbaik yang sedia ada di UPNM dapat terus

dipertingkatkan dan seterusnya memberikan perkhidmatan

yang cemerlang kepada pelanggan.

Teras 4: Membangun kompetensi tenaga kerja

Matlamat Strategik: Memastikan keperluan tenaga kerja yang

memiliki kemahiran, pengalaman kerja dan fokus kepada

pembelajaran berterusan.

Pelan Tindakan:

Pembangunan Kepakaran dan Peningkatan Kompetensi

Tenaga Kerja

Pendekatan strategik dalam membangunkan kompetensi

tenaga kerja yang diberi fokus di bawah teras ini adalah melalui

pembangunan kepakaran dan kepimpinan, pembelajaran

berterusan dan kepelbagaian program bagi meningkatkan

kemahiran, dan ilmu warga UPNM berdasarkan pematuhan

kepada Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam.

Mewujudkan Organisasi Pembelajaran

Menyedari keperluan dan kepentingan ilmu di kalangan warga

UPNM, budaya pembelajaran berterusan amat digalakkan

tanpa mengira peringkat jawatan pegawai. Strategi dan

perancangan yang sistematik sememangnya bergantung

kepada kebijaksanaan dan ilmu pengetahuan seseorang

pegawai itu dalam menerajui suatu organisasi.

Mempertingkatan Program Berteraskan Inovasi dan

Kreativiti

Dalam usaha mewujudkan organisasi yang kreatif dan

berinovasi, program-program yang berteraskan kreativiti dan

inovasi perlu dilaksanakan. Antara langkah yang boleh diambil