Previous Page  328 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 328 / 449 Next Page
Page Background

208

sejajar dengan pencapaian visi dan misi yang ditetapkan oleh

organisasi.

Sistem Pengurusan Prestasi

Di antara petunjuk prestasi yang digunakan di UPNM adalah

kajian kecemerlangan pengurusan prestasi (perancangan

pembangunan dan penilaian prestasi); kekerapan semakan

semula sasaran kerja tahunan yang memfokuskan kepada

perkhidmatan teras; peratusan pencapaian Laporan Penilaian

Prestasi Tahunan (LPPT).

Pengiktirafan dan Ganjaran

UPNM berusaha untuk memastikan supaya penghargaan dan

ganjaran semua peringkat sentiasa dipertingkatkan hubungkait

dengan tugas individu dan matlamat prestasi organisasi. Setiap

warga UPNM diharap menyedari ekspektasi yang diharapkan

daripada mereka dan peranan yang harus mereka laksanakan

secara keseluruhannya.

Perkhidmatan Kaunseling

Perkhidmatan kaunseling merupakan kaedah yang baik bagi

memperkasa potensi staf di samping mengekalkan prestasi staf

di paras produktiviti yang

standard di UPNM. Penyediaan

perkhidmatan kaunseling dan psiko logikal kepada staf dalam

memenuhi aspirasi dan merealisasikan Pekeliling Perkhidmatan

Bilangan 18, Tahun 2005: Aplikasi Psikologi dalam Pengurusan

Sumber Manusia yang berbentuk penilaian, pembangunan

personel, penyelidikan dan psikologi intervensi.

Teras 6: Pembentukan budaya kerja yang berprestasi tinggi

Matlamat Strategik: Menerapkan Budaya Kerja Berprestasi

Tinggi yang Mengutamakan Etika dan Nilai Positif bagi

Menyediakan Penyampaian Perkhidmatan yang Terbaik