Previous Page  325 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 325 / 449 Next Page
Page Background

205

Teras 3: Mengurus pekerja berkualiti

Matlamat Strategik: Mengenalpasti, Membangun dan Mengekal

Bakat Terbaik

Pelan Tindakan:

Urusan Pelantikan dan Kenaikan Pangkat

Bagi memenuhi matlamat strategik teras ketiga ini iaitu,

mengurus pekerja yang berkualiti, antara pendekatan strategik

yang perlu diambil perhatian adalah penarikan bakat-bakat yang

terbaik di dalam pasaran kerja ke UPNM. Untuk memastikan

staf di UPNM adalah berkualiti, pengurusan perlu bermula dari

peringkat awal lagi, iaitu dari peringkat pemilihan sehingga ke

peringkat pembangunan dan pengekalan bakat yang terbaik di

dalam UPNM.

i. Proses dan urusan pelantikan dan kenaikan pangkat

haruslah mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

ii. Bakat dan kepakaran yang diperlukan oleh FPJB disebut

dengan jelas di dalam iklan kekosongan jawatan. Tujuan

supaya proses saringan dan pemilihan dapat dilakukan

dengan lebih cepat, menepati kehendak pelanggan.

Pusingan Kerja

Dalam mengurus pekerja yang berkualiti, antara perkara yang

perlu dititikberatkan adalah urusan penempatan dan pertukaran

bagi tujuan pengkayaan ilmu.

Pelan Penggantian

Dalam usaha mengurus pekerja yang berkualiti, sesebuah

organisasi itu perlulah mempunyai Pelan Penggantian. Pelan

Penggantian lebih menjurus kepada pegawai Gred 48 ke atas

iaitu, jawatan strategik melibatkan golongan pegawai yang perlu

membuat keputusan

.

Pelan Penggantian ini meliputi latihan

yang diperlukan untuk menyediakan tahap kompetensi

peralihan tidak tercemar dan kemahiran pegawai tersebut dapat