Previous Page  320 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 320 / 449 Next Page
Page Background

200

Penetapan nilai kompetensi yang menjurus kepada

pembangunan organisasi secara umumnya dan

pembangunan keperluan diri staf khususnya juga

dititikberatkan.

Berdasarkan kepada penerapan elemen

kompetensi pengetahuan, kemahiran dan sikap.

Perancangan Tenaga Manusia

Perancangan tenaga manusia yang strategik bagi mengenal

pasti keperluan modal insan seperti saiz dan kompetensi yang

diperlukan untuk mencapai misi universiti semasa dan akan

datang. Perancangan tenaga kerja diintegrasikan dengan

perancangan pertambahan program baharu dan pertambahan

pelajar.

Enrolmen pelajar selari dengan pertambahan

program baharu dari tahun 2016 – 2025.

Keperluan staf dapat dirancang berdasarkan

kepada enrolmen pelajar dan pertambahan

program baharu.

Bagi setiap aktiviti perancangan yang disarankan ini, perkara

asas yang diperlukan ialah data yang relevan, tepat dan boleh

dipercayai. Oleh itu, perlu juga penekanan diberi kepada kualiti

data tenaga kerja yang dikumpulkan dan seterusnya dianalisis

kerana kualiti data yang rendah dan tidak boleh dipercayai boleh

menjadi satu kekangan terhadap penggunaannya untuk

menganalisis trend dan menjangka masa hadapan penawaran

dan bekalan tenaga kerja dalaman. Untuk itu, satu sistem

pengurusan pangkalan data sumber manusia yang boleh

dipercayai dan dikemas kini turut perlu dibangunkan di UPNM.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah membuat

integrasi maklumat data staf bersama sistem SAGA

yang diguna pakai oleh Jabatan Bendahari. Sistem ini

telah diguna pakai dalam penyediaan bajet perjawatan

(Anggaran Bajet Mengurus, ABM).

Rujuk SM 5:

Enrolmen Pelajar dan

Unjuran Keperluan Staf

Akademik dan Bukan

Akademik

Rujuk SM 6

:

Sistem

EIS

http://172.16.2.25/saga

eis