

199
program dan amalan Pengurusan Sumber Manusia bersepadu
dengan perancangan strategik universiti serta selaras dengan
misi, visi dan objektif universiti.
Jalinan Hubungan dan Kerjasama antara Semua FPJB di
UPNM
Kerjasama dan hubungan antara Bahagian Pengurusan
Sumber Manusia dengan semua FPJB adalah penting untuk
menyokong pelaksanaan strategi, aktiviti dan fungsi sumber
manusia. Pengetahuan asas dan pendedahan berkenaan
operasi, dasar, pelaksanaan polisi baharu yang diguna pakai
oleh universiti dapat memastikan Ketua Jabatan di FPJB
mampu menjalankan tanggungjawab dengan lebih berkesan.
Membuat hebahan berhubung polisi, dasar, pekeliling
dan garis panduan yang diguna pakai oleh Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia kepada semua staf
UPNM.
Memaklumkan semua polisi, dasar, pekeliling
dan garis panduan yang diguna pakai kepada
semua staf UPNM melalui portal
MyCampus,
Laman Sesawang Bahagian Pengurusan
Sumber Manusia, Emel, surat kepada semua
Ketua Jabatan di FPJB, serta menggunakan
medium terkini iaitu melalui media sosial seperti
UPNM dan aplikasi
WhatsApp.
Sebagai tunjang kepada pembangunan universiti, Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia haruslah mengetahui
keseluruhan aktiviti universiti dan ini akan membantu Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia untuk mengenal pasti kompetensi
dan kredibiliti seseorang pegawai untuk disesuaikan dengan
penempatan masing-masing. Sebagai contoh: -
Membuat pelantikan Ketua Jabatan di FPJB mengikut
kepakaran
Subject Matter Expert
(SME) yang
berdasarkan kepada pengalaman dan kesesuaian
bidang.