

193
3.0 AUTONOMI SUMBER MANUSIA
Misi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah disusun rapi untuk menjadi entiti yang
cemerlang dan berkualiti dengan memberikan perkhidmatan sumber manusia, keselamatan,
kesihatan dan pengurusan bahagian akademik. Bagi mencapai misi tersebut, objektif
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia diwujudkan seperti berikut:
Mengurus pelantikan, pengambilan saraan, kemajuan kerjaya dan disiplin pegawai
berpandukan Perintah Am, Pekeliling, Surat Pekeliling serta arahan Kerajaan.
Merancang unjuran serta pengambilan pelajar selaras dengan perancangan kemajuan
akademik dan dasar universiti serta penawaran program baharu yang lebih kompetitif.
Melaksanakan program pengurusan kualiti dan produktiviti yang berterusan bagi
mewujudkan budaya kerja berkualiti dalam kalangan pegawai selaras dengan
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam.
Memastikan urusan pentadbiran dan operasi universiti dilaksanakan mengikut
prosedur dan tadbir urus yang baik.
Memastikan dasar dan prosedur keselamatan dan perlindungan universiti secara
terancang, sistematik, cekap dan berkesan.
Selari dengan misi, visi dan objektif Bahagian Pengurusan Sumber Manusia ini, jelaslah
bahawa selain melahirkan para graduan dan Pegawai Kadet yang cemerlang, universiti
melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia mengharapkan agar dapat melahirkan staf
yang disifatkan dalam al-Qur’an sebagai ‘
Khairu Ummah
’ yang bersifat ‘
Murrabi
’ dengan
mencerminkan staf yang beretika dan berwibawa sejajar dengan moto universiti iaitu
‘Kewajipan, Maruah, Integriti.’