Previous Page  310 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 310 / 449 Next Page
Page Background

189

syarikat yang berminat untuk mengkormersialkan produk-

produk tersebut.

UPNM telah membangunkan Kem Kongkoi untuk dijadikan

sebuah pusat latihan kepimpinan dan UPNM

Tropicalisation

Testing Centre

(UPNM-TTC). UPNM-TTC adalah sebagai

sebuah pusat yang akan menjalankan penyelidikan ke atas

peralatan pertahanan dan keselamatan dalam iklim tropika.

UPNM telah bekerjasama dengan Kerajaan United Kingdom

melalui Menteri

Defence Equipment

,

Support and Technology

,

Kementerian Pertahanan United Kingdom serta syarikat-

syarikat pertahanan dan keselamatan daripada United

Kingdom. Pengwujudan UPNM-TTC dijangka akan menarik

ramai pelabur-pelabur dari kalangan syarikat-syarikat

pertahanan dan keselamatan sama ada dari dalam dan luar

Negara untuk menjalankan penyelidikan di Kem Kongkoi.

Selain itu, pengwujudan Kem Kongkoi sebagai pusat latihan

kepimpinan juga dijangka akan menarik ramai peserta

daripada pelbagai agensi dalam dan luar Negara yang

berminat untuk mengadakan pelbagai aktiviti seperti

team

building

, kayak,

abseiling

dan aktiviti lasak yang lain berupa

latihan ketenteraan memandangkan jurulatih yang dilantik

terdiri daripada bekas pegawai tentera.

UPNM juga mempunyai banyak fasiliti yang boleh disewakan

kepada pihak luar untuk penjanaan pendapatan seperti premis

perniagaan, fasiliti pusat sukan, fasiliti di pusat marin, dewan,

makmal dan sebagainya.

Pengurusan semua fasiliti di UPNM termasuk Kem Kongkoi

telah diserahkan kepada UPNMHSB mulai Julai 2014 melalui

Mesyuarat LPU Bil. 2/2014 dan Mesyuarat Jawatankuasa

Exco Bil. 3/2015.